"syxfiqxhxthirxh"

extrovert



"I would rather wear flowers in my hair than diamonds around my neck"


Dikenali dengan nama capital S dan A
24300
21
Malaysia
Seorang gadis berjiwa besar yang membesar bersama masa dan usia yang kian bertambah. Sedang menghabiskan tahun akhir sebagai pelajar kejuruteraan awam.




Ramadhan tiba lagi
Saturday | 05:50 | 0Comment

Marhaban Ya Ramadhan!


Alhamdulillah diberi kesempatan untuk bertemu dengan Ramadhan lagi. Alhamdulillah alhamdulillah. Bulan tarbiah muncul lagi. Syukur Ya Allah. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna. Semoga Ramadhan kali ini dilimpahkan rahmat seluas alam. Jadi, marilah kita sama-sama memantapkan iman kita, mengandakan amalan kita dalam sehari-hari. Top up yang mana kurang. Kalau hari biasa tu aci skip je baca Quran, so apa kata Ramadhan kali ni target nak khatam pulak. Bukan setakat khatam Quran, tapi hadam maksud dia sekali, betulkan bacaan yang mana tunggang terbalik tu. Dan semoga amalan-amalan yang kita buat ni akan menjadi rutin bila berakhirnya Ramadhan. Semoga rasa tenang tu sentiasa mengelilingi diri kita. Bulan tarbiah ni ayuhlah kita kawal yang mana susah nak kawal, baik dari tutur kata mahupun perbuatan kita yang sentiasa menyakitkan hati dan fizikal orang sekeliling tanpa sengaja mahupun sengaja. Kawal emosi kita supaya tidak cepat melatah bila ada orang mengata atau membuat buruk perihal kita. Kadang kala mana kita tahu, orang tu tuju pada orang lain, tapi kita pulak yang terlebih perasan dan terasa. Semoga hati kita cekal dan tabah hadapi hari hari yang mendatang. 

So, pesanan penaja: 

jangan curi-curi buka puasa ye semua. jangan tersasul buka periuk nasi tengahari nanti. kepada perempuan pula, kalau yang dapat cuti khas tu kawal-kawal sikit. kepada lelaki, jangan pandai pandai buat cuti sendiri pula. Semoga kita kekal istiqamah dalam melakukan amal makruf dan nahi mugkar bermulanya awal ramadhan sehingga penghujungnya. 


Selamat berpuasa semuanya, maaf salah silap sama ada secara sengaja mahupun tidak sengaja. 
Semoga Allah permudahkan segala urusan kita didunia mahupun di akhirat :)