"syxfiqxhxthirxh"

extrovert

"I would rather wear flowers in my hair than diamonds around my neck"

Dikenali dengan nama capital S dan A
24300
21
Malaysia
Seorang gadis berjiwa besar yang membesar bersama masa dan usia yang kian bertambah. Sedang menghabiskan tahun akhir sebagai pelajar kejuruteraan awam.

Already third month
Thursday | 23:29 | 0Comment

Assalamualaikum kepada semua pembaca. Semoga post kali ini memberi sedikit sebanyak manfaat mahupun tips yang agak berguna kepada kalian semua. (maaf atas kelewatan publish post ini).

sudah bulan ketiga gaisss
Oleh sebab sepanjang aku menjalani latihan industri (praktikal), whatsapp aku sering dihujani dengan mesej dari adik adik junior tentang pelbagai persoalan dan pertanyaan sama ada yang masuk akal mahupun tidak, akhirnya lagi sekali aku mengambil langkah bijak untuk blog post kan beberapa soalan yang telah aku pilih dan kira boleh laa adik adik buat rujukan. (padahal memang nak blog post kan, tapi kerana kekurangan kosa kata aku tangguhkan dahulu dan faktor utamanya ialah MALAS).

Seperti yang kita sedia maklum, pelajar politeknik akan menjalani latihan industri pada semester akhir seperti mana yang telah diseragamkan oleh pengarah pendidikan politeknik. Jadi by hook or by crook setelah berpenat lelah sepanjang dua tahun setengah menghadap muka pensyarah, bertungkus lumus bangun awal pagi untuk ke kelas maka pada akhirnya kita diberi peluang untuk merasai alam pekerjaan berdasarkan course yang kita ambik. Enam bulan bukan tempoh yang pendek dan bukan juga tempoh yang agak lama jika kita manfaatkan dengan sebaik mungkin. Jadi selama enam bulan ini anda bebas dari segala peraturan yang anda perlu patuhi sepanjang keberadaan anda di politeknik hihihi (tapi depends pada company ye anak anak sekalian)

Okay, sekian sudah muqaddimah gais. Baru nak mula ni huhu 😀 jadi marilah kita berbalik kepada persoalan yang belum terjawab. 

"macam mana akak cari tempat praktikal?"

macam mana erk *emoji berfikir* 

Okay, dia macam ni. Adik kena tanya soalan ni pada diri adik terlebih dahulu "aku sekarang ni ambik kos apa dan belajar apa?" Contoh macam akak, akak ambik kos kejuruteraan awam, so akak belajar berkaitan paip, bangunan, jalan raya, tanah, air, dan banyak la. Kira kos kejuruteraan awam ni agak meluas sebab boleh dikatakan belajar semua benda yang hampir dengan kehidupan harian. Jadi berdasarkan apa yang akak telah pelajari sepanjang dua tahun setengah itu, akak lebih minat dan lebih cenderung untuk mengetahui berkaitan bangunan. Oleh itu, akak pun carilah tempat praktikal yang memang tengah construct bangunan. Mula-mula tu agak cuak sebab yelah abah akak mana tolong, dia just tolong hantarkan je kemana akak nak pergi untuk cari tempat praktikal lepas tu tolong bagi idea tempat mana dan dimana. Mana dia nak bagi anak dia praktikal di tempat kerja dia, nak suruh berdikari kononnya huhu -.- lepastu satu hari tu, akak cakap kat abah "akak ingat nak mohon tempat praktikal dekat tapak hospital dungun yang baru tu laa, sebab macam banyak boleh gain knowledge" then my dad just agree. Abah just hantarkan dan akak yang mintak sendiri. Tapi gaisss bila dah mohon satu tempat tu, jangan berharap pada tempat tu je, you gaiss kena usaha jugak cari tempat lain. Pada masa yang sama, akak ada jugak apply tempat nak praktikal buat jalan raya, dan rumah kedai area dekat dekat rumah. Tapi semua bagi jawapan, nanti kami telefon balik. Tunggu punya tunggu sampai nak hampir dah tarikh tutup cari tempat praktikal, dan perasaan cuak tu tak payah nak cerita laa tambah tambah bila dapat panggilan "maaf ye Cik Syafiqah, company kami tak ambik pelajar praktikal", nak putus asa dengan serta merta pun ya akhirnya akak tekad nak tanya tempat yang memula akak apply tu. AND YASSSS finally diterima walau dapat jawapan agak lambat. Akak dapat tempat praktikal kat sini bukan kerana kawan abah seorang project manager malah akak bukan praktikal dibawah company dia. Akak menghabiskan sisa latihan industri dengan sub company but at the same site laa. Kira kawan abah akak tu main company. 

"akak, dapat elaun tak?"

Oleh kerana akak fikir nak dapat elaun laa mungkin Allah dah sempitkan ruang untuk diterima praktikal di sesetengah tempat. YA! Ini satu pengalaman yang berharga ya adik adik sekalian. Memang kalau fikir balik, siapa je yang nak praktikal buang tenaga tanpa dapat apa-apa yang special, elaun salah satu contohnya. Sebelum akak cerita lebih lanjut, akak nak ajukan soalan ni, 

"sebenarnya apa yang dimaksudkan dengan latihan industri dan apa sebenarnya objektif latihan industri?" 

soalan ini mungkin ambik masa untuk dijawab dan mungkin sesetengah orang tidak perasan akan perihal ini padahal jawapan dia mudah je. latihan industri tujuannya adalah untuk kita aplikasikan setiap apa yang telah kita pelajari sepanjang dua tahun setengah tu. OKAY?! Faham tak? 

Then, akak ambik masa agak lama jugak nak ubah balik niat. Ye, buat sesuatu tu bergantung pada niat. Akak cakap macam ni kat diri akak, "aku nak cari tempat praktikal dimana aku boleh habiskan masa aku sehari hari dengan ilmu tanpa buang masa dan aku dapat aplikasikan apa yang aku faham untuk kesenangan orang lain. Ahhh, soal elaun tu kalau ada kira rezeki, kalau takda pun tak apa asal aku dapat ilmu baru"

Andddd yeayyyy akhirnya dapatlah akak praktikal dengan company yang akak praktikal sekarang. Alhamdulillah. Allah permudahkan setiap satu urusan yang sukar. Rupa-rupanya bila kita asyik terpandang ke dunia, Allah makin jauhkan kesenangan itu. Tapi cuba kita fikir untuk kesenangan insan sejagat yang lainnya dan ganjaran yang kita dapat untuk kehidupan seterusnya konfirm Allah bagi jalan yang senang nak lalu. Ok? 

So, point dia buat sesuatu tu kerana niat dan tujuan serta matlamat utama kita. Ubah niat, then baru semua ok :) 

p/s alhamdulillah adalah rezeki nak isi minyak (walapun mampu) pergi balik praktikal maklumlah berulang dari rumah kot! 

"akak, best tak praktikal?"

soalan apa ni adik? huhu (semestinya soalan yang memerlukan jawapan) 

Alhamdulillah, setakat ni semuanya ohsem. Kalau kena tegur kena bebel tu menda biasa. Belajar weh, mana pernah tak buat silap mesti ada walau sekecil zarah. k hiperbola! Untuk pengetahuan adik-adik, tempat akak praktikal ni, akak seorang je perempuan. (dekat site office je laa dan kalau tak termasuk main com. tapi ofis main com dengan sub com pun tak sekali okay, jadi tergadah dan berhuhu laa aku seorang bunga yang lain semua kumbang -.-) 

Cuma yang kurang best sebab datang sini boleh dikatakan hampir zero knowledge. Walaupun masa sem dua dulu ambik je subjek IBS ni, tapi belajar paras paras je bukan menyelam ke dasar dik oi. Tapi alhamdulillah kat sini pengetahuan yang diperoleh itu lebih meluas syukur syukur syukur dan staff yang tempat akak praktikal ni orangnya bukan jenis kedekut ilmu. 

"macam mana akak suaikan diri dengan skop kerja kat situ tambahan akak sorang perempuan?"

mula-mula tu agak awkward dan sangat rasa macam "betul ke apa yang aku buat ni?" huhuhu. but then lama-lama tu ok. sebab mungkin akak jenis yang banyak bertanya. Ya adik -adik sekalian. Dibawah ini akak listkan beberapa perkara yang boleh membuatkan adik-adik rasa seronok sepanjang adik-adik praktikal

1. banyakkan bertanya. ya, tak semua yang kita faham di tempat praktikal sama strukturnya sewaktu belajar dalam kuliah. jadi amalkan sikap bertanya.

2. catat nota. setiap apa yang adik dapat belajar pada hari tersebut pastikan adik-adik buat nota! penting untuk rujukan adik-adik pada hari yang akan datang. sebab tak semua kita boleh ingat. paling kurang pun 30% je perkara yang seminggu lepas kita boleh ingat. biar nampak nerd, asal kita tidak terkial kial. 

3. mengikut arahan. untuk first month or first/second week kita mungkin akan diajar dan dilead oleh staff but then when it comes dah jadi rutin, kita kena sendiri mahu ingat. JANGAN SAMPAI DITEGUR OK! pastikan kita iukt apa yang telah diarahkan. tak susah pun kecuali kerja yang diluar bidang please jangan ikut. jangan sampai satu tahap kita dipergunakan. 

4. hormat dan tepati. walau macam mana sekalipun perasaan hormat itu perlu ada. tak kisah laa staff korang tua satu tahun je pun, perlu juga hormat OK! tepati? apa itu. of course masa. bila praktikal, amalkan tepati waktu. pastikan ikut waktu bekerja yang sebetulnya. ni bukan adik-adik hadap dengan lecturer yang lemah lembut tapi dengan orang luar. so, jaga imej IPT ye adik-adik tak kisahlah walau company tu tak guna sistem thumb print sekalipun, adik-adik wajib tepati waktu. (tapi lately ni SA selalu lambat ke kerja. tapi ok laa walau masuk lambat pun, aku balik pun lambat ok!)

5. Jangan ambil kesempatan. walaupun kita dapat majikan yang baik, tapi jangan ambik kesempatan dengan buat kerja terhegeh hegeh mahupun buat kerja sambil lewa. praktikal pun ikut skill proffesional ye adik-adik. (I should change my attitude huuhuu)

"Ada jaminan untuk diterima kerja tak?"

Yang ini akak tak berani nak komen. Lebih baik jangan berharap. Kita just fikir, kalau ada rezeki ada laa, kalau tak ada kita still beruntung okay sebab kita masih dapat ilmu baru. Tapi ada sesetegah orang dia berusaha dengan lebih kuat dan menjalani latihan industri dengan bersungguh-sungguh semasa praktikal kerana harapannya untuk diterima bekerja terus. Bukan tidak ada, ada je. Tapi sebenarnya dia bergantung pada company. Nak letak harapan boleh, tapi jangan setinggi gunung. Faham?

Rasanya sampai sini sahaja mampu kongsikan bersama. Mungkin ada lagi tapi mata lebih memerlukan rehat yang cukup. Oleh itu, beta undurkan diri terlebih dahulu untuk beradu ye. 

p/s panggilan akak dalam blog post kali ini hanyalah panggilan untuk bahasakan diri dengan adik-adik junior yang membaca. 

newer post older post